SOALAN #40 :

hai,,,,ct bukan la nak tanyer per,,,,tp dulu ct tak penah minat nak dengar lagu ni,,,,tp tiber2 jer buka xfresh,,,terus minat,,,,lagu23 band indie nie best gileer,,,,emmmm korang tak de on air kan lagu kumpulan the lipstick ker,,,,lagu dia org best????????

JAWAPAN X:

The Lipstick? Ada, kitorang ada main lagu diorang, Bercanda Di Malam Yang Indah. Mat ngan Smek selalu main lagu ni kat Indie-X.

SOALAN #39 :

band shizuka tu band indie ke..??pastu kt mne d0wnL0ad Lagu di0wg yg b'tajuk this s0ng is 4 mira..??

JAWAPAN X:

Pada dasarnya, Shizuka ni memang band yang bergerak secara indie lah, sebab diorang takde record label. Nak download lagu diorang This Song Is For Mira, kalau secara sanh aku tak pasti, tapi apa kata ko hantar mesej kat diorani dekat diorang nye Myspace -
www.myspace.com/shizukaband - mana tau diorang boleh tolong.

SOALAN #38 :

sye mau tnye ckit....leh x???klu xleh xpe la,sye chow dlu...tp hrp2 kn sudi la...nk tnye ckit la,band oi yg bnyk2 kt luar 2,xde k lagu dieorg kt xfm???

JAWAPAN X:

Ada...Cuma buat masa ni, kitorang tak dapat lagu-lagu baru dari diorang ni. Hari tu, kalau ko dengar Indie-X [setiap Sabtu 8pm-10pm/ ulangan pada hari Ahad 2pm-4pm] kitorang ada buat Oi! special dimana selama sejam Mat & Smek main lagu-lagu band Oi! Malaysia. Antara band yang kitorang main hari tu termasuk le A.C.A.B., Roots N’ Boots, The Official.

SOALAN #37 :

nk tanye,kat ne nk download lagu silentsccream-kisah kita.....kat googgle ngn mane2 mp3 website sume x de.... :(....

JAWAPAN X:

Hmm...ni nak download secara sah ke tak sah ni? Kalau secara sah, aku cadangkan korang checkout diorang punya Myspace kat www.myspace.com/silentscream dan dapatkan maklumat macamana nak download secara sah kat sana. Tak baik bro download secara haram ni. Kesian budak-budak band, dah la indie, kena rompak pulak. Kita sama-sama support eh bro, baru diorang ni bleh maju ke depan

SOALAN #36 :

A'KUM,.BILE X-GIG NAK BUAT KAT KUANTAN-PAHANG,.

JAWAPAN X:

Waalaikummussalam... X-Gig kat Kuantan? Memang ada rancangan nak buat X-Gig kat sana, sebab kitorang tak sampai lagi ke sana. Mana tau, silap-silap bulah tujuh ni ke bulan lapan ni ke ;)

SOALAN #34 :

semekom...brader x...nak tanye pesal a.c.a.b sket la...band ni de lagi ke tidak...

JAWAPAN X:

A.C.A.B. masih ada, Cuma agak kurang aktif. Last sekali aku dengar diorang dah start nak tulis lagu untuk album terbaru diorang. Bila nak release, tu aku kurang pasti.

PROMO

GempaX di XFM

  • Wang tunai untuk dimenangi di peraduan SAYA ANAK MALAYSIA. Marilah sertai!
  • Jom sertai FILEM APE NI EH Part 2 untuk memenangi wang tunai. Moh ler!